Saturday, May 9, 2009

Peristiwa Hitam.(Ranau) -edited edition-

"amir!kalau kau dah tak tahan,lepaskan je aku!".


"tak Bonn!aku tak boleh lepaskan kau!nyawa kau penting!aku tak nak kita gagal dalam misi ni!aku tak nak kita kekurangan anggota!".

Kraaaaaakkkk!!

"aduh!!Bonn!tangan aku!".

Bonnie tersedar dari tidurnya.ternyata kemalangan yang hampir meragut nyawanya itu masih menghantui dirinya. Bonnie bingkas bangun lalu mencapai telefon bimbitnya.Dia menatap gambar yang diambil 5 bulan lalu bersama nisha.ketika mereka terserempak secara kebetulan sewaktu kedua duanya sedang bercuti di poring,sabah."memang kenangan indah.tapi kalau la 'peristiwa' tu tak jadi dulu,mesti lagi indah.memang silap aku pilih ranau sebagai tempat bercuti.".bonnie mengeluh panjang.


"Bonnie?awak buat apa kat sini?" seorang gadis ayu berambut gelap menyapa Bonnie. Bonnie terpaku melihat keayuan gadis itu.bibirnya merah dan kulit putih melepak. "hei Bonn!engkau renung apa tu?".gadis tersebut meninggikan suara,namun disulami dengan senyuman manis nya.Bonnie tersenyum. gadis itu ialah Nisha, bekas kekasih Bonnie. gadis yang amat dicintainya satu masa dulu. Namun cintanya terpaksa dilupakan atas desakan ayah nisha yang ego dan memandang kebendaan.ayah nisha merupakan seorang pegawai tinggi Polis dan tidak menyukai anggota komando seperti Bonnie.


"oh,Nisha.Bonn bercuti kat sini.Nisha buat apa pula?"

"Niss pun bercuti.nak manjakan diri sikit.hehe.kita kena la ambil masa untuk manjakan diri sendiri.kalau bukan kita yang nak manjakan,siapa lagi?kan?"

"ermm..nis,kenapa tak bawa Faizzal bercuti sekali?" Bonie membuka topik perbualan baru tanpa menjawab pertanyaan Nisha.Nisha tersipu malu mendengar pertanyaan Bonnie.gadis manis itu hanya mampu tersenyum.

"dia sibuk.lagipun dia tak suka pergi travel.dia ni pelik sikit Bonn.tak payah tanya pasal dia la.boleh kan?"

Bonnie hanya membisu. Dia mengalihkan pandanganya ke arah kaki gunung kinabalu. bercuti di kawasan gunung kinalbalu ini sudah menjadi rutin tahunan bagi Bonnie.namun dia tidak menyangka akan bertemu dengan Nisha.

Malam itu Bonnie menghubungi Nisha. niatnya hanya ingin mengucapkan selamat jalan kerana dia akan bertolak balik pada subuh keesokan harinya. Nisha tidak menjawab panggilan telefon Bonnie. oleh kerana terlalu risau akan leselamatan Nisha, Bonnie mengambil keputusan untuk pergi ke Strawberry Garden Hotel dimana Nisha menginap. setelah mengambil masa beberapa minit berurusan di kaunter pertanyaan, Bonnie tiba di bilik nisha.

Bonnie terkejut apabila melihat nisha keluar daripada bilik mandi tanpa baju. hanya tuala putih singkat yang dililitkan di tubuh gadis montok itu. susuk tubuh gadis itu benar-benar membuat Bonnie tidak selesa.

"Bonn! apa awak buat disini !?".Nisha benar-benar tidak sangka bonnie berada di dalam biliknya.

"ermm. Bonn ingatkan sesuatu buruk berlaku pada Niss.maaflah. Bonn tak sengaja. saja nak ucap selamat tinggal. ok lah,bye''. bonnie melangkah keluar dari bilik Nisha. Namun tangan halus nisha menncapai bahu Bonnie. dia berpaling ke belakang. Dengan tiba tiba,nisha mengucup bibirnya. Bonnie tidak terkata lalu melayan perasaan nya. kini rasa sayang kepada Nisha semakin jelas.

"Hoi! lelaki sial!" terdengar suara seorang lelaki berteriak ke arah Bonnie dan Nisha. Suara itu memang sangat dikenali oleh Nisha. Ya,itu ialah Faizzal. teman lelaki Nisha.

"aku datang nak buat kejutan untuk kau,ini yang kau balas kat aku Nur Anisha!!" . Kemarahan Faizzal tidak dapat dikawal lagi. dia mencapai pasu bunga lalu memukul Nisha di kepala.Nisha lantas pengsan.rebah tidak bermaya.

melihat tindakan Faizzal yang melampau, Bonnie naik berang lalu menumbuk hidung Faizzal. Darah pekat Faizzal mengalir keluar dari batang hidungnya yang patah.sekali lagi,bonnie melihat seorang manusia rebah dan pengsan di dalam bilik hotel itu.


"oi! mengkhayal lagi budak ni. pergi la bersiap. engkau dah nak balik kampung pun masih nampak layu lagi.patutnya engkau semangat.Bonnie...Bonnie..." Amir benar-benar mengejutkan bonnie dari lamunannya yang panjang. Bonnie bangun lalu menepuk bahu rakan karibnya itu.kedua dua lelaki tersebut akhirnya tertawa sesama sendiri.

1 comment:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete