Thursday, May 7, 2009

Nisha.

suasana di kem X pada pagi itu agak tegang sedikit.kelihatan dua orang komando sedang bertengkar sesama sendiri.mereka ialah kapten Ridzuan dan sarjan Berenau.kedua-duanya anggota pakar yang baru sahaja dipindahkan ke unit tempur jarak dekat.
"bonn,kau tengok lah komando veteran tu,asyik nak gaduh je". Amir membuka cerita,cuba menarik perhatian bonnie. Namun bonnie hanya diam.memandang trek merempuh halangan lasak yang bersebelahan dengan stor pakaian dan peralatan pasukan itu. Amir hanya tersenyum melihat gelagat bonnie.dia tahu sahabat karibnya itu tidak dapat melupakan anne yang sudah sebulan tidak menghubungi bonnie.
bonnie masih ingat lagi ketika mereka pertama kali melaksanakan operasi rahsia grup gerakhas ini 5 tahun yang lalu. bonnie masih ingat lagi macamana amir menyelamatkannya ketika dia hampir terjatuh ke dalam gaung semasa melakukan penyusupan di sebuah negara jiran. amir mengalami cedera parah di tangan kiri kerana otot terkoyak. semenjak itu,amir dan bonnie berkawan rapat.mereka bagaikan adik beradik dan tidak dapat dipisahkan.jauh di sudut hati bonnie,dia bangga kerana mendapat sahabat seperti amir.


"mir,aku minta maaf sebab buat kau cedera.aku tahu niat kau baik nak selamatkan nyawa aku mir.terima kasih banyak-banyak."


"alah!sudah la bonn!aku tak kisah.yang penting kau selamat.lagipun aku dah anggap kau macam abang aku sendiri."

Ringg!ring! (telefon berbunyi)

Bonnie tersedar dari lamunannya.dilihatnya amir sedang beratur di kafeteria untuk membeli makanan.pergaduhan antara kapten ridzuan dengan sarjan Berenau sudah lama reda."agak lama juga aku melamun ya." Bonnie bercakap kepada dirinya sendiri.lantas dia teringat tentang telefonnya yang semakin nyaring mengeluarkan bunyi."oh ya!telefonku",katanya.lantas menekan punat 'jawab'.

"hello Bonnie...".kedengaran suara seorang wanita yang cukup dikenalinya,Nisha.

"errr..hello. Nis,kenapa tiba-tiba je call ni? awak kat mana?" Bonnie kehairanan.sudah sekian lama Nisha tidak menghubunginya.hampir 5 bulan sejak peristiwa 'hitam' itu.

"Nis kat kampung ni.Bonn boleh dapat cuti ke?"

"cuti?kebetulan Bonn dah apply cuti Nis."

"berapa lama?"

"sebulan.nak pergi lepaskan tension. Hari isnin depan Bonn balik Sabah."

"baiklah.Nis jemput Bonn dekat KKIA."

"ok nis.eh,kau baritau urang umah mu aku kirim salam ah,jangan kau lupa tu.ku patah-patahkan tundun mu atu karang.hehehe.karang ku tipon kau lah balik nis ahh.." (bonnie dan anis bercakap dalam loghat sabah.)

"hahaha.ok la bonn..ok la..bye bonn.nanti nis call lagi ye.''Nisha menutup bicara lalu memutuskan talian.

Bonnie tersenyum."Mir!!o...Mir!'' bonnie bingkas bangun dari tempat duduknya lalu mendapatkan amir d kafeteria. Amir melihat ada sedikit keceriaan di wajah Bonnie.Dia tahu Bonnie baru sahaja berbual dengan Nisha.
"memang Nisha tahu macamana nak ambil hati Bonnie.." bisik Amir seorang diri lalu tersenyum lebar kepada Bonnie.Bonnie membalas senyuman Amir.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. erm xsabar nak tggu sambungannnya.....baca cerita ni membawa pembaca utk menyelami hati n perasaan bonnie...tp nak tau jgk camna amir tu bleh cedera? amir yg jatuh masuk gaung ke? xbleh nak gmbr situasi nya sbb dia cedera kat tgn...nisha ni sape dlm hidup bonnie? erm tu mayb akan diceritakan pd episod seterusnya kan...xsabar rasanya...

    ReplyDelete