Thursday, June 18, 2009

"hubby,adakah masih ada harapan untuk kita?''

"terima kasih kerana memilih malaysian airlines.jumpa lagi".
Bonnie tersenyum kepada pramugari berbadan montok yang berdiri dihadapannya. malam itu hujan turun agak lebat di kota kinabalu, sabah.
ternyata badan sasa seorang komando seperti Bonnie masih tidak dapat melawan kesejukan yang dibawa bersama hujan ciptaan tuhan pada malam itu.sakit kepala yang dialami Bonnie sejak petang tadi masih belum reda. Jarum jam tangan berjenama Mont Blanc milik Bonnie sudah berhimpit antara satu sama lain. "alamak.sudah jam 12 tengah malam rupanya". Bonnie berkata sendirian di dalam hati kecilnya.

melihat lapangan terbang kota kinabalu yang begitu sunyi membuatkan Bonnie hampir terlelap,sehinggalah panggilan telefon dari Anne mengejutkannya."Hubby,adakah masih ada harapan untuk kita?" pertanyaan Anne sebentar tadi membuat Bonnie kaku seketika. bibirnya yang kehitaman juga turut kaku.


Tuttttttttttttttttttt.........

Bonnie lantas memutuskan talian. Pilu hatinya mendengar pertanyaan Anne. pada saat ini Bonnie benar-benar teringatkan Nisha. kekasih lamanya. Sesungguhnya Bonnie amat berharap nisha akan menunaikan janjinya untuk menunggu Bonnie di lapangan terbang setibanya di Sabah.

5 minit kemudian nisha muncul dari tepi balai ketibaan. dilihatnya nisha semakin bergaya dan lebih manis berbanding dulu. Beg tangan Prada milik Nisha menarik perhatian Bonnie. masih segar di ingatannya ketika dia menghadiahkan Nisha beg tangan itu.

"hai sayang.lama tunggu? sori la. Nis pergi sampaikan hajat tadi.hehe".usik nisha nakal. Bonnie tersenyum. "lapar lah.jom makan." Bonnie bersuara.nisha mengangguk tanda setuju.

malam itu,selesai sahaja menikmati hidangan tengah malam, Bonnie memulakan perbualan. makan malam pertama mereka setelah sekian lama ternyata sepi. tidak seperti dulu, ketika mereka masih lagi sepasang kekasih.
"tadi Anne ada call Bonn. saja nak bagitau Nis".
"ye ke?habis tu? dia cakap apa?" Nisha memberikan respon kepada topik yang dibangkitkan oleh Bonnie sebentar tadi.
"dia cuma nak tau adakah masih ada harapan untuk hubungan kami." jawab Bonnie selamba sambil menghirup kopi panas yang dipesannya 15 minit lalu.
"habis tu Bonn cakap apa?" Nisha memberanikan diri untuk mencungkil cerita daripada Bonnie. Sejujurnya, dia masih menaruh harapan pada Komando kesayangannya itu.Namun hasratnya terhalang apabila mengetahui Bonnie amat mencintai Anne.
Bonnie hanya diam.tidak mengeluarkan walau sepatah perkataan. Nisha faham perangai mantan kekasihnya itu lantas menekan punat telefon bimbitnya yang hampir kehabisan bateri.

"jom balik. biar nis hantar Bonnie pulak kali ni".

"baiklah. Niss pandu kereta elok-elok tau. Bonnie nak tidur dalam kereta nanti.letih tak bermaya dah ni".

Nisha tersenyum melihat gelagat Bonnie. sikapnya agak pelik bagi seorang komando.

"Bonie,engkau mungkin gagah di medan perang. namun kau lemah di tangan wanita bernama Anne. Alangkah bertuahnya hidup ini jika diberi peluang sekali lagi untuk membalas cintamu". Bisik Nisha sendirian. ketika itu sudah hampir 5 kilometer mereka meninggalkan lapangan terbang Kota Kinabalu. Tersandar di kerusi barsebelahan Nisha ialah seorang lelaki bernama Bonnie anak Bereng, yang kini nyenyak tidur dibuai mimpi. Nisha tersenyum sekali lagi menatap wajah Bonnie. lalu menghadiahkan kucupan di pipi Bonnie.

No comments:

Post a Comment