Wednesday, May 6, 2009

bonnie,anne, dan hidup mereka.

"rriiinggggg!" bunyi jam loceng yang dibeli bonnie semasa berada di filipina tahun lepas benar-benar mengejutkannya dari tidur.semalaman bonnie tidak dapat tidur dengan lena memikirkan buah hatinya yang berada di seberang laut, Anne.
"kau benar-benar berubah,sayang".bisik hati kecil bonnie. anne merupakan pelajar tahun akhir bidang perubatan yang kini menuntut ilmu di sebuah universiti di russia.entah mengapa,bonnie begitu risau akan keselamatan anne sejak akhir akhir ini.
sudah sebulan anne tidak menghubungi bonnie.jangankan hendak menelefon bertanya khabar,malah e mel dari anne pun tidak diterimanya.sering kali dia menangis memikirkan nasib anne.
kisah sedih mereka bermula sebulan lalu apabila anne mengaku dia mempunyai hubungan dengan seorang lelaki yang berasal dari Brunei Darussalam yang secara kebetulan melanjutkan pelajaran dalam bidang sastera di universiti tempat anne balajar.walaupun hanya berkawan biasa dengan lelaki tersebut,bonnie berasa agak tercabar dengan perbuatan anne lalu dia menengking anne semasa berbual melalui telefon.memang lumrah bagi si bonnie,dia adalah seorang lelaki yang pencemburu.semenjak itu,Anne menyepi.tidak membalas e-mel daripada bonnie.apatah lagi menjawab panggilan telefon.
Terdesak hendak mengetahui khabar berita daripada anne,bonnie memberanikan dirinya untuk menelefon anne dengan niat untuk memperbaiki hubungan mereka."tutt..tutt.....".bonnie menanti panggilannya dijawab.
diam seketika
"haa..what do you want from me?"
"babe,i'm so sorry for being rude to you".
tutttttttt.......................(talian terputus)
bonnie agak terkilan dengan perbuatan anne.dirinya temangu.seluruh jasadnya bagaikan tidak dapat berfungsi akibat menahan marah dan kecewa atas perbuatan yang dilakukan oleh anne sebantar tadi.
bonnie mencapai pakaian seragam hijaunya.dia masih ingat lagi ketika dia bertarung nyawa menghabiskan kursus asas komando di sebuah kem komando di malaysia,Anne adalah pembakar semangatnya.anne menjadi motivasi bagi bonnie.malah,dia menyimpan hajat untuk menjadi komando terbaik semasa kursus asas tersebut.ya.dia mendapatnya.namun,segala pencapaian dan sayap-sayap penerjunan yang dimilikinya tidak bererti lagi.tanpa annys sueraya natasha di sisinya...sayup-sayup kedengaran lagu kekasih yang tak dianggap nyanyian pinkan mambo berkumandang dari bilik amir,rakan karib bonnie..perlahan lahan air mata seorang komando bernama bonnie anak bereng mengalir jatuh ke bumi.
"sebagai kekasih yang tak dianggap
aku hanya bisa mencoba mengalah
ku yakin kau kan berubah...."

1 comment:

  1. syabas...satu permulaan yg bagus...xsangka zal memang berbakat...sha akan sokong zal dari jauh..ada masa komen lah kat blog sha ye..

    ReplyDelete