Thursday, September 24, 2009

senjata makan tuan.

"selamat pagi sayang"..ayat pertama yang didengar oleh Bonnie ketika baru sahaja membuka matanya pada pagi itu..
"nisha?kenapa kamu ada disini? bukankah kamu sepatutnya balik ke rumah kamu?" bonnie kehairanan. nisha yang hanya memakai baju kemeja lengan panjang bersaiz besar,tanpa seluar dan rambut terurai kini duduk di sebelahnya. Bonnie semakin tidak faham akan situasi yang sebenarnya.

rupanya nisha bermalam dirumah bonnie pada malam itu. lebih teruk lagi, nisha tidur bersama bonnie, di atas katil yang sama. timbul sedikit rasa kecewa di hati Bonnie. rasanya, mahu saja dia melangkah pergi dari rumahnya sendiri. Bonnie kini merasakan dirinya tersepit diantara keegoan Anne dan kasih sayang Nisha. hati kecilnya tidak bisa memilih salah seorang dari dua wanita hebat yang mendampinginya itu.

"sayang,kenapa dengan kamu? kamu marah ke saya tidur dengan kamu? bukankah satu masa dulu kita pernah tidur bersama? malah kamu pernah....

"cukup Nisha!kamu diam!" tengking Bonnie. suara garau yang dimilikinya benar benar membuat nisha kecut perut. Nisha menangis, memakai pakaiannya lalu meninggalkan bonnie keseorangan di bilik komando itu.

bammmmmmmm!!!

pintu bilik Bonnie dihentak dengan sekuat hati. cukup untuk menunjukkan betapa kecewa hati nisha yang benar benar mencintai bonnie.

Bonnie hanya tunduk.menangis,mencapai pasu bunga ditepi katilnya lalu melemparkan pasu itu kearah pintu bilik tersebut. hanya tuhan yang tahu betapa lukanya hati Bonnie pada tika ini.
nun jauh disana,menyeberangi lautan luas, Anne bersiap sedia untuk menaiki kapal terbang. sudah tentu untuk balik ke malaysia.

No comments:

Post a Comment